Maklumat


PUSAT SUMBER SEKOLAH
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BAHANG, PENAMPANG

PSS mempunyai koleksi bahan-bahan Pengajaran dan Pembelajaran yang bersesuaian dengan Sukatan Pelajaran Malaysia. Koleksi bahan ini adalah dalam bentuk buku fiksyen, bukan fiksyen, buku rujukan, dan bahan bukan buku (hardware dan software). Bahan-bahan P & P ini dapat membekalkan maklumat, program dan khidmat yang membantu dan bermanfaat kepada pengguna Pusat Sumber ini.

PSS akan membantu memperbaiki kualiti pendidikan dan membentuk masyarakat berpengetahuan. Adalah menjadi harapan warga pendidik SMK Bahang supaya di masa akan datang P & P di sekolah ini dapat dijalankan secara globalisasi dengan kecanggihan yang bakal diperolehi dari Perancangan Peningkatan Lima Tahun (2006 - 2010) ini. Perancangan ini pasti akan menjadi kenyataan dengan usaha murni bersama pelajar, pendidik, pengetua dan terutama sekali pihak Jabatan Pendidikan.

Sekolah Menengah Kebangsaan Bahang telah mempunyai sebuah pusat sumber sejak sekolah ini dibina iaitu pada tahun 1994. Pusat Sumber SMK Bahang terletak di tingkat teratas bangunan dua tingkat. Pusat  Sumber ini mempunyai keluasan dua bilik darjah. Bahagian-bahagian fizikalnya terbahagi kepada bilik bacaan, bilik kerja dan pejabat.  Tetapi pada tahun 2010 Pusat Sumber ini telah dipindahkan ketingkat satu bagi kemudahan para guru dan pelajar.

Pasukan petugas di bawah kendalian PSS kebanyakannya mempunyai bilik khas, seperti Bilik Komputer, Makmal Sains, Bilik Dokumentasi, Surau, Bilik Bahan Bantu Belajar, Bilik Kecemerlangan, Galeri Sekolah , Bilik Tayangan, Bilik Gerakan, Bilik Kemahiran Hidup dan Pendidikan Seni Visual. Walau bagaimanapun kesemua pasukan petugas ini adalah bernaung di  bawah PSS.

  
PIAGAM PSS

Menyediakan suasana persekitaran yang sihat, ceria dan canggih supaya dapat menarik minat guru dan pelajar.

Menyediakan pelbagai perkhidmatan yang berkualiti kepada pengguna pusat sumber bagi meningkatkan penggunaaan secara individu atau kumpulan dengan khidmat pengawas-pengawas pusat sumber yang terlatih dan sedia membantu.

Menyediakan pelbagai bahan bacaan dan bukan bacaan yang boleh membantu pengguna dari segi rujukan dan penambahan ilmu untuk penambahan pengetahuan  dan peningkatan prestrasi pencapaian akademik pelajar sekolan SMK Bahang,.


VISI PSS

SMK BAHANG MENJADI SEKOLAH CEMERLANG PERINGKAT NEGERI PADA 2012.


MISI PSS


MEMBERIKAN PENDIDIKAN YANG MENYELURUH MELALUI PENDEKATAN BERSEPADU BAGI MELAHIRKAN MODAL INSAN YANG BERKUALITI BERLANDASKAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN.



MATLAMAT

_        Meningkatkan taraf pendidikan pelajar SMK Bahang, Penampang.
_        Membentuk profesion guru yang berilmu, dinamis, kreatif dan berdisiplin untuk     membantu pembangiunan sahsiah guru itu sendiri dan untuk pembangunan nusa, bangsa dan agama.
_        Membentuk golongan pelajar yang berilmu, dinamis, kreatif dan berdisiplin untuk membantu pembangunan sahsiah pelajar itu sendiri untuk pembangunan nusa, bangsa dan agama.
_        Merapatkan jurang perbezaan antara pelajar-pelajar berada dan tidak berada.


OBJEKTIF PSS

01.  Meningkatkan taraf P&P dan prestasi pencapaian akademik.
02.  Menggalakkan pelajar dan guru menggunakan kemudahan P&P.
03.  Menggalakan tabiat  belajar sendiri, tabiat membaca, tabiat ingin tahu di kalangan pelajar.
04.  Mengadakan kemudahan dan perkhidmatan yang munasabah dan boleh membantu untuk memenuhi keperluan pelajar.
05.  Menyediakan dan membantu pelajar dan guru dalam menghasil, mengguna dan menilai alatan P&P.
06.  Menunjuk satu sistem pengurusan yang digabungjalinkan antara bahan cetak dan bukan cetak.
07.  Membimbing dan melatih guru serta pelajar menggunakan perkhidmatan maklumat dan alatan untuk bahan rujukan.
08.  Mengenal pasti, mengumpul kemahiran, kebolehan dan kemampuan untuk menghasilkan bahan yang berguna bagi proses P&P.
09.  Peka kepada perkembangan baru dan mutakhir serta menyediakan perkhidmatan yang sesuai dengan citarasa dan kehendak pengguna.
10.  Memupuk sikap bekerja sama, mengumpul, menghasilkan bahan sumber untuk kegunaan bersama.
11.   Mampu memberi perkhidmatan kemas kini yang berterusan dan boleh diguna apabila diperlukan.


PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH

Mengurus dan mengendalikan Pusat Sumber adalah satu tanggungjawab yang amat besar sebagai sebuah institusi maklumat untuk pengguna sekolah memperolehi sesuatu yang amat bermakna. Oleh itu, berikut disenaraikan pengurusan yang perlu ada untuk melengkapkan sesebuah Pusat Sumber Sekolah.
01.  Fail Kuasa
02.  Carta Organisasi
03.  Carta Jadual Bertugas Pustakawan
04.  Carta Jadual Waktu Penggunaan Pusat Sumber Sekolah
05.  Carta Peraturan Pusat Sumber Sekolah
06.  Fail Minit Mesyuarat AJK Induk
07.  Fail Minit Mesyuarat AJK Kerja
08.  Rekod Perolehan Buku
09.  Rekod Perolehan Majalah/ Akhbar
10.  Kad Stok/ Inventori
11.  Rekod Penggunaan Pusat sumber sekolah
12.  Statistik pinjaman
13.  Statistik Penggunaan Bahan
14.  Laporan Tahunan
15.  Senarai AJK Pengawas Pusat Sumber
16.  Rekod Penggunaan TVP
17.  Rekod Penggunaan RP
18.  Rekod Penggunaan BBM (guru)
19.  Rekod Pinjaman Buku (guru)
20.  Rekod Pinjaman Buku (murid)
21.  Rekod Kewangan
22.  Jadual TVP
23.  Jadual RP
24.  Buku Pelawat
25.  Rancangan Tahunan PSS
26.  Rancangan Lima Tahun PSS
27.  Senarai AJK Induk Pusat Sumber Sekolah
28.  Senarai AJK Kerja Pusat Sumber sekolah


CARTA ORGANISASI
JAWATANKUASA INDUK PUSAT SUMBER
SMK BAHANG, PENAMPANG
TAHUN 2013